Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENYELARASN CUKAI TANAH YANG TERMASUK DALAM PERLUASAN BANDARAN

NOTIS PEMBERITAHUAN

PENYELARASAN CUKAI TANAH KE ATAS  TANAH-TANAH YANG TERMASUK DALAM PENGISYTIHARAN PERLUASAN KAWASAN LEMBAGA BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN

Sukacita menarik perhatian kepada semua pemilik-pemilik tanah yang terlibat, pihak Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan akan membuat penyelarasan kadar bayaran cukai tanah mulai 01 JANUARI 2017, ke atas tanah-tanah yang terlibat dan termasuk dalam pengisytiharan perluasan kawasan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

Kedudukan tanah-tanah yang telah diisytiharkan termasuk dalam perluasan Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan seperti berikut:                                                    

Mukim Kianggeh

Kianggeh

Berangan

Jalan Tasek Lama

Mabohai / Tungkadeh

Melabau

Kumbang Pasang

Padang Baru

Pusar Ulak

Tumasek

Sebahagian

Mukim Gadong

Kiulap

Kiarong

Menglait

Batu Bersurat / Pengkalan Gadong

Mata-Mata [tidak termasuk Kampung Perpindahan Mata-Mata]

Beribi

Sebahagian

Mukim Kilanas

Telanai

Madewa

Tasek Meradun

Bunut

Perpindahan Bunut

Sebahagian

Mukim Berakas A

Pulaie

Anggerek Desa

Panca Delima

Orang Kaya Besar Imas

Delima Satu

Serusop

Jaya Setia

Jaya Bakti

Burong Pinggai Berakas

Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas

Sebahagian

Mukim Berakas B

Manggis I

Manggis II

Madang

Sungai Akar

Sebahagian

Mukim Kota Batu

Sungai Lampai / Pintu Malim

Kota Batu

Pelambayan

Subok

Belimbing

Kepada pemilik-pemilik tanah yang mana lot-lot tanah mereka termasuk di dalam kawasan perluasan Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah,  Pejabat Pesuruhjaya Tanah dengan membawa bersama Geran Tanah Asal dan Salinan Kad Pintar terkini untuk dikemaskini terlebih dahulu sebelum pembayaran cukai tahunan dibuat di Kaunter Pembayaran, Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara.

Manakala tanah-tanah yang sedang dan masih digadaikan, pemilik-pemilik tanah yang terlibat hendaklah berurusan ke Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau Institusi Kewangan bagi mendapatkan geran-geran tanah asal berkenaan.

Waktu operasi di Kaunter Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah, Pejabat Pesuruhjaya Tanah seperti berikut:

Hari Isnin hingga Khamis & Sabtu

8.00 pagi hingga 11.00 pagi

1.45 petang hingga 3.00 petang

Hari Jumaat, Hari Ahad dan Hari Kelepasan Awam

Tutup

Sekian dimaklumkan dan kerjasama sepenuhnya yang diberikan adalah sangat-sangat dihargai.

Attachments