TATACARA DAN BORANG PERMOHONAN
Keterangan Maklumat Tanah (Search by Lot)
Permohonan mendapatkan maklumat dan butiran tanah yang direkodkan di Jabatan Tanah.
Pindah Milik Tanah
Menukar Syarat Khas Tanah
Permohonan untuk menukar syarat khas penggunaan tanah yang dinyatakan dalam hak milik tanah dengan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.
Menggadai Tanah
Permohonan bagi urusan menggadaikan tanah kepada pihak institusi kewangan atau pihak berkepentingan sebagai jaminan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah.
Memajak Tanah Persendiriaan (MTP)
Permohonan bagi urusan memajak tanah persendirian kepada pihak lain untuk tempoh tertentu dengan kebenaran dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah.
Menyambung Kelamaan Geran (MKG)
Permohonan untuk menyambung tempoh pemilikan tanah yang telah tamat atau hampir tamat seperti yang dinyatakan dalam geran tanah.
Pengecualian Bayaran Premia Membaharui Tempoh Pajakan Tanah (Pengecualian Premia)
Permohonan bagi mendapatkan pengecualian bayaran premium bagi pembaharuan tempoh pajakan tanah tertakluk kepada syarat dan pertimbangan pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengganti Geran Tanah (Hilang / Rosak / Hangus)
Permohonan bagi mendapatkan penggantian geran tanah yang hilang, rosak atau hangus melalui proses yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah.
Tuntut Waris Tanah
Permohonan bagi urusan tuntutan hak milik tanah oleh waris yang sah setelah pemilik berdaftar meninggal dunia mengikut peraturan yang ditetapkan.
Daftar Pentadbir
I. Daftar Penyerahan Kepada Waris (Beragama ISLAM)
II. Daftar Penyerahan Kepada Waris (BUKAN Beragama ISLAM)
Permohonan Masuk Tanah Kerajaan
Borang bagi permohonan kebenaran untuk memasuki dan menggunakan tanah kerajaan bagi tujuan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Jalan Laluan Diatas Tanah Kerajaan
Permohonan bagi mendapatkan kebenaran menggunakan laluan di atas tanah kerajaan
Menghalakan Saliran Ke Atas Tanah Kerajaan
Permohonan bagi mendapatkan kebenaran menghalakan atau menyalurkan air dari tanah persendirian ke kawasan tanah kerajaan.
Kaveat Persendiriaan
Permohonan untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas sesuatu tanah bagi melindungi kepentingan atau tuntutan pihak berkepentingan terhadap tanah tersebut.
Memperbaharui (Renew) Kaveat
Permohonan bagi memperbaharui tempoh kaveat yang telah didaftarkan ke atas sesuatu tanah mengikut peraturan yang ditetapkan.